Lady Gaga

Lady Gaga
Maklumat latar belakang
Nama lahirStefani Joanne Angelina Germanotta
Juga dikenali
sebagai
Mother Monster
Stefani Germanotta
Joanne
Kelahiran28 Mac 1986 dan 20 Mac 1986
Lenox Hill Hospital (en)
WarganegaraAmerika Syarikat
GenrePop
Dance-pop
Elektronik
R&B
Jazz
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, aktivis, pelakon filem, pelakon televisyen, pelakon suara, dermawan, penyanyi-penggubah lagu, penggubah, pengarah filem dan pengarah televisyen
Alat muzikPiano, suara, Keytar, gitar akustik, gitar elektrik, pensintesis, gitar dan drum kit (en)
Tahun aktif2005
Diskografi
Syarikat rakamanInterscope Records (2007–)
Universal Music Group (2007–)
Anggota keluarga/pasangan
Pasangan/bekas pasanganChristian Carino (2017–2019)
Taylor Kinney (2011–2016)
Michael Polansky
IbuCynthia Germanotta (en)
BapaJoe Germanotta (mul)
Adik-beradikNatali Germanotta (mul)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangladygaga.com
Pautan lain
Tandatangan
sunting · sunting di Wikidata

Stefani Joanne Angelina Germanotta (lahir 28 Mac 1986; umur 39 tahun), lebih dikenali dengan nama pentasnya Lady Gaga, ialah pemuzik dan artis dari Amerika Syarikat yang berdarah campuran Itali. Beliau menulis lagu untuk Interscope Records selain menyanyi. Pada permulaan karier, beliau sering mengadakan persembahan di kelab-kelab kecil di bandaraya New York.

Beliau telah memenangi tiga belas Anugerah Grammy, 13 MTV Video Music Awards dan banyak lagi anugerah lain. Lady Gaga juga sering muncul di muka depan majalah hiburan terkenal seperti Billboard, V, Vogue, dan Rolling Stone. Beliau tersenarai antara selebriti dengan pengikut terbanyak di Twitter dan pernah mengalahkan Ratu Elizabeth II dalam senarai wanita paling berpengaruh dan berkuasa dunia.

Menurut akhbar The Guardian, Lady Gaga merupakan selebriti pertama yang memberi gelaran kepada kelab peminatnya sebagai Little Monsters dengan slogan "Paws Up!!". Beliau juga menjadi artis pertama yang mencapai satu bilion tontonan video di YouTube dan merupakan artis solo pertama menerima dua anugerah Berlian (Diamond) oleh RIAA, dengan lebih 10 juta muat turun digital sah melalui lagu *Bad Romance* dan *Poker Face*.

Selain bidang seni, Lady Gaga aktif dalam kegiatan kemanusiaan melalui penubuhan Born This Way Foundation yang membantu golongan kurang bernasib baik. Beliau juga dikenali sebagai aktivis hak LGBTQ+ dan memperjuangkan kesamarataan. Projek terbaru beliau, 'It's On Us', berkerjasama dengan Naib Presiden Amerika Joseph Biden bagi membantu mangsa serangan seksual, terutama di kalangan pelajar kolej dan universiti. Lady Gaga turut menyumbang lagu tema (*Till It Happens To You*) untuk dokumentari *The Hunting Ground*, dan beliau sendiri pernah menjadi mangsa serangan seksual.

Kebanyakan karya lagu Lady Gaga berkait rapat dengan pengalaman peribadi seperti keluarga, karier, dan percintaan. Contohnya:

  • *Marry The Night* – tentang kepayahan awal karier sebagai artis
  • *Speechless* – rayuan kepada bapanya untuk menjalani pembedahan jantung
  • *The Edge Of Glory* – penghormatan kepada datuk dan neneknya
  • *Dope* – pengalaman ketagihan kanabis dan alkohol
  • *Do What You Want* – sindiran kepada tabloid yang mengeji beliau
  • *ARTPOP* – luahan cintanya terhadap muzik
  • *Gypsy* – pengalaman merantau dunia semasa jelajah konsert

Beliau menjadi ikon remaja melalui lagu-lagu seperti *Born This Way*, *Hair*, dan *Scheiße*, yang memupuk keyakinan diri. Namun, karya Lady Gaga juga tidak terlepas daripada kontroversi, misalnya lagu *Judas*, *Do What You Want*, dan video *Black Jesus + Amen Fashion*. Beliau juga menulis dan mengarah beberapa video muzik sendiri, termasuk *Telephone* (duet bersama Beyonce), *Judas*, *G.U.Y.*, dan *Marry The Night*.

Dalam bidang fesyen, Lady Gaga terkenal dengan gaya eksentrik semasa acara karpet merah. Contohnya, busana daging mentah (*Meat Dress*), pakaian kertas, pakaian getah, kasut tumit tinggi 10 inci, dan rambut palsu berlampu. Dari tahun ke tahun, kematangan beliau semakin terserlah melalui gubahan lagu dan fesyen.

Lady Gaga terkenal dengan gaya pakaian pelik dan seksi yang memberi pengaruh besar kepada peminat dan selebriti lain. Gaya muziknya diilhami oleh artis seperti David Bowie, Queen, serta penyanyi pop terkenal Michael Jackson dan Madonna.