PlayStation 5

Sony PlayStation 5
Model asal konsol PlayStation 5 dengan pemain cakera terbina dan alat pengawal DualSense.
PembangunSony Interactive Entertainment
PengilangSony
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
Tarikh jualanAmerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun, Cina, Nigeria, Senegal, Ireland, Sweden, Finland, Sepanyol, Madagascar, Jerman, Perancis, Itali, Vietnam, & Korea Selatan: 5 Januari 2020

Seluruh dunia: Mulai 19 Januari 2020
Malaysia, Indonesia, Slovenia, Slovakia, Lubnan, India, Pakistan, Singapura, & Filipina: 6 Januari 2020

China: 12 Januari 2020
Harga pengenalan(Asli / Digital)
Asia Tenggara
Antarabangsa
MediaBlu-ray Ultra-HD, Blu-ray, DVD
CPUAMD Zen 2 8 teras, frekuensi pelbagai, mencapai 3.5 GHz
Muatan storanSSD khas 825 GB
1 TB untuk siri 2000 (keluaran penghujung 2023)
IngatanGDDR6 SDRAM 16 GB
PaparanHDMI: 480p, 720p, 1080i, 1080p, 4K UHD, 8K UHD
GrafikAMD RDNA 2 khas, frekuensi pelbagai, mencapai 2.23 GHz
BunyiTempest Engine 3D
Dolby Atmos
Bunyi keliling 7.1
DTS:X (Video Blu-ray & UHD Blu-ray)
InputHDMI 2.1
Input pengawalDualSense, DualShock 4, PlayStation Move, Alat pengawal media PS5, PlayStation VR2 Sense
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
PlayStation Plus
Permainan terlarisMarvel's Spider-Man 2 (10 juta)
Keserasian ke
belakang
Kebanyakan permainan video PlayStation 4 dan PlayStation VR
PendahuluPlayStation 4
Laman sesawangplaystation.com/ps5

PlayStation 5 (singkatan: PS5) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 4, mula diumumkan pada bulan April 2019 dan telah dilancarkan pada 5 Januari 2020 di Australia, Jepun, New Zealand, wilayah Amerika Utara dan Korea Selatan, kemudian dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia seminggu selepas itu. Konsol PS5 merupakan salah satu daripada konsol permainan video generasi ke-9, disamping konsol keluaran Microsoft, Xbox Series X/S yang dilancarkan secara rasmi pada bulan yang sama.

Konsol PS5 dikeluarkan dalam dua versi; versi asas menyertakan pemain cakera optik terbina yang boleh membaca kandungan daripada cakera Blu-ray Ultra HD. Versi Digital pula tidak disertakan pemain cakera ini, bagi mengurangkan kos dan harga jualan dan pembelian permainan video hanya boleh dilakukan secara atas talian. Model semakan konsol PS5 yang lebih kecil untuk kedua-dua versi pula mula dijual pada bulan November 2023, menggantikan model sebelumnya.

Ciri-ciri utama yang terdapat dalam konsol PlayStation 5, termasuklah penggunaan storan berkeadaan pegun (bahasa Inggeris: solid-state drive) yang mampu memindahkan data dalam berkelajuan tinggi bagi meningkatkan prestasi storan, cip grafik AMD yang mampu memaparkan paparan beresolusi 4K sehingga 120 bingkai per saat, fungsi surihan sinar yang dijana oleh cip mikropemproses bagi mendapatkan kesan pencahayaan dan refleksi yang lebih realistik serta kesan audio 3D yang lebih jitu dengan penggunaan Tempest Engine. Ciri lain termasuklah alat pengawal DualSense yang baru dengan fungsi maklum balas haptik serta kebolehan konsol PS5 memainkan kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4 dan PlayStation VR.