Hertz

Hertz
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiFrekuensi
SimbolHz 
Dinamakan sempenaHeinrich Hertz
Dalam unit asas SIs−1

Hertz (simbol: Hz) merupakan unit SI bagi kuantiti frekuensi dalam bidang fizik. 1 Hz adalah sama dengan 1 s-1, iaitu jumlah peristiwa berulang atau "kitaran" dalam sesaat.

Kekerapan peristiwa yang bukan berulang (aperiodic) tidak boleh diukur dalam hertz. Contohnya, keaktifan bahan radioaktif diukur dalam becquerel, yang juga sama dengan s-1.