Plat Cocos
| Plat Cocos | |
|---|---|
| Jenis | Minor |
| Perkiraan luas wilayah | 2,900,000 km2 |
| Pergerakan1 | Timur laut |
| Kecepatan1 | 67 mm/tahun |
| Wilayah | Pulau Cocos, Lautan Pasifik |
| 1Relatif dengan Plat Afrika | |
Plat Cocos ialah plat tektonik lautan muda di bawah Lautan Pasifik di luar pantai barat Amerika Tengah, dinamakan sempena Pulau Cocos yang menaikinya. Plat Cocos terbentuk kira-kira 23 juta tahun lalu apabila plat Farallon terpecah kepada dua bahagian, yakni plat ini bersama dengan plat Nazca. Plat Cocos juga pecah kepada dua bahagian, menghasilkan plat Rivera yang kecil. Plat Cocos bersempadan ke timur laut oleh plat Amerika Utara dan plat Caribbean. Di sebelah barat, ia bersempadan dengan plat Pasifik dan di selatan dengan plat Nazca.
Satu-satunya tanah di atas air di plat Cocos ialah Pulau Cocos yang ditadbir oleh Costa Rica, dan terletak kira-kira 550 km (342 mi; 297 nmi) barat daya tanah besar Costa Rica.