Isla del Coco

Taman Negara Pulau Coco
IUCN Kategori II (Taman negara)
Pulau Coco
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Amerika Tengah" tidak wujud.
LokasiKira-kira 550 km (340 mi) di luar pantai Costa Rica
Koordinat5°31′41″N 87°03′40″W / 5.5281°N 87.0611°W / 5.5281; -87.0611
Ditubuhkan1978
KriteriaNatural: ix, x
Rujukan820
InskripsiSesi 1997 (ke-21 )
Lanjutan2002
Nama rasmi
Isla del Coco
Ditetapkan10 April 1998
No. rujukan
940
sunting
Isla del Coco
Kawasan Isla del Coco
Negara Costa Rica
WilayahPuntarenas
KantonPuntarenas
Creation27 April 1970
Keluasan
 • Jumlah23.52 km2 (9.08 batu persegi)
Aras
0 m (0 ft)
Zon waktuUTC−06:00
Poskod
60110

Isla del Coco (Bahasa Melayu: Pulau Coco) merupakan sebuah pulau di Lautan Pasifik yang dibawah pentadbiran Costa Rica, kira-kira 550 km (342 bt; 297 nmi) barat daya tanah besar Costa Rica. Ia merupakan daerah ke-11 daripada 13 daerah Puntarenas Canton di Wilayah Puntarenas. Dengan keluasan lebih kurang 23.85 km2 (9.21 bt2) , pulau itu berbentuk lebih kurang segi empat tepat. Ia adalah titik paling selatan geopolitik Amerika Utara jika pulau bukan benua dimasukkan.

Keseluruhan Pulau Coco telah ditetapkan sebagai Taman Negara Costa Rica sejak tahun 1978, dan tidak mempunyai penduduk tetap selain daripada renjer taman Costa Rica. Dikelilingi oleh perairan dalam dengan arus berlawanan, Pulau Coco dikagumi oleh penyelam skuba kerana populasi jerung kepala tukul, pari, ikan lumba- lumba dan spesies marin besar yang lain. Iklim basah dan kualiti lautan memberikan Coco ciri ekologi yang tidak dikongsi sama ada dengan Kepulauan Galápagos atau mana-mana pulau lain (contohnya, Malpelo, Gorgona atau Coiba ) di timur Lautan Pasifik. Oleh kerana keunikan ekologi pulau dan perairan sekitarnya, Taman Negara Pulau Coco menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997. Pulau ini hanya boleh dicapai melalui laut, yang biasanya mengambil masa 36 hingga 48 jam.