Pilihan raya umum Singapura 2015

Pilihan raya umum Singapura 2015

11 September 2015

89 kerusi dipertandingkan
(+3 kerusi ditawarkan untuk NCMP)
ke Parlimen Singapura
45 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,462,926
Pengundi hadir2,304,331 (93.56%)
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Lee Hsien Loong Low Thia Khiang
Parti PAP WP
Pemimpin sejak 2004 2001
Kerusi pemimpin Ang Mo Kio Aljunied
Pilihan raya
lepas
81 kerusi
60.1%
6 kerusi + 2 NCMP
12.8%
Kerusi sebelum 79 kerusi 7 kerusi + 2 NCMP
Kerusi yang
dimenangi
83 kerusi 6 kerusi + 3 NCMP
Perubahan kerusi 4 1
Undian popular 1,576,784 281,697
Peratusan 69.86% 12.48%
Peralihan undi 9.72% 0.34%

Keputusun mengikut kawasan undi:
  Parti Tindakan Rakyat
  Parti Pekerja

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri terpilih

Lee Hsien Loong
PAP

Pilihan raya umum Singapura 2015 telah diadakan pada 11 September 2015. Tempoh persidangan Parlimen Singapura adalah selama lima tahun dan haruslah dibubarkan oleh Presiden Singapura dalam masa lima tahun itu. Pilihan raya umum kemudiannya harus diadakan dalam masa 3 bulan setelah pembubaran parlimen, seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan. Mengundi di Singapura adalah wajib dan berdasarkan sistem menang mengikut kelebihan undi (first past the post). Pilihan Raya dijalankan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD), sebuah jabatan di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri. Pada 25 Ogos 2015, Presiden Tony Tan telah membubarkan parlimen dan mengisytiharkan 1 September 2015 sebagai Hari Penamaan Calon manakala Hari Mengundi ditetapkan pada 11 September 2015.