Speaker Parlimen Singapura


Republik Singapura
Penyandang
Seah Kian Peng, MP
sejak 2 Ogos 2023
GelaranYang Berhormat (YB) Tuan Speaker (Lelaki)
Puan Speaker (Wanita)
Anggota bagiParlimen Singapura
Bidang kuasaSingapura
InstitusiParlimen Singapura
PenamaYang Amat Berhormat Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura
Dilantik olehAhli Ahli Parlimen Singapura
Dengan saranan YAB Perdana Menteri
Tempoh jawatanBagi tempoh setiap parlimen; boleh diperbaharui
Penjawat sulungY.B. Sir George Oehlers
Dibentuk5 Jun 1955
Timbalan/naibY.B. Tuan Timbalan Speaker
GajiS$550,000
Tapak webwww.parliament.gov.sg/speaker-parliament
sunting ยท sunting di Wikidata

Speaker Parlimen Singapura adalah pegawai pengerusi sidang Parlimen Republik Singapura.

Speaker boleh dilantik dari kalangan bukan Anggota Parlimen atau dari kalangan Anggota yang bukan Menteri atau Setiausaha Parlimen. Jika bukan Anggota Parlimen, sekurangkurangnya beliau mestilah layak di bawah Perlembagaan untuk bertanding sebagai Anggota Parlimen. Speaker mengawal perbahasan dalam Dewan dan menguatkuasakan peraturan yang mengatur perbahasan. Beliau memanggil Anggota untuk berucap. Beliau mencadangkan soalan untuk dibahaskan oleh Dewan dan mengemukakan soalan untuk pengundian oleh Dewan. Speaker adalah penjaga hak istimewa Parlimen. Anggota mengharapkan bimbingannya tentang persoalan amalan dan prosedur dan beliau memutuskan perkara peraturan dan membuat keputusan bila perlu.

Speaker menduduki Kerusinya apabila mempengerusikan sidang Dewan, dan turun mengambil tempat duduk paling kanan di Meja Setiausaha apabila mempengerusikan Jawatankuasa seluruh Dewan. Beliau tidak ikut serta perbahasan dalam Dewan atau Jawatankuasa, tetapi boleh menggunakan hak untuk berkecuali atau mengundi menyokong atau menentang sesuatu usul. Namun, jika dipilih dari kalangan bukan Anggota, beliau tidak boleh mengundi. Speaker tidak memegang undi pemutus. Beliau memegang jawatan sejak dipilih oleh Parlimen hingga sidang pertama Parlimen yang baru.