Pilihan raya negeri Terengganu 2004
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu 17 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri Terengganu ke-11 telah diadakan pada 21 Mac 2004. Pengundian telah berlangsung di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Terengganu, Malaysia, dengan setiap satunya memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Dewan Undangan Negeri Terengganu. Pilihan raya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pilihan raya negeri ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2004.
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya ini dengan meraih 28 kerusi dan merampas semula pemerintahan negeri Terengganu yang jatuh ke tangan Barisan Alternatif (BA) pada pilihanraya 1999. Komponen BA, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), yang menjadi pemerintah sejak 1999, hanya memenangi 4 kerusi untuk kembali menjadi pembangkang.