Pilihan raya negeri Pulau Pinang 1986

Pilihan raya negeri
Pulau Pinang 1986

3 Ogos 1986

Semua 33 kerusi dalam
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Lim Chong Eu Karpal Singh
Parti Gerakan DAP
Gabungan BN
Kerusi pemimpin Padang Kota Bukit Gelugor
Pilihan raya
lepas
25 2
Kerusi yang
diperlukan
17
Kerusi yang
dimenangi
23 10
Perubahan kerusi 2 8
Undian popular 189,559 138,843
Peratusan 51.02% 37.37%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Lim Chong Eu
Barisan Nasional (Gerakan)

Ketua Menteri dilantik

Lim Chong Eu
Barisan Nasional (Gerakan)

Pilihan raya negeri Pulau Pinang 1986 ialah pilihan raya negeri (PRN) bagi Pulau Pinang yang ketujuh selepas kemerdekaan, dan yang keenam selepas penubuhan Malaysia. Ia telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Ogos 1986, serentak dengan pilihan raya umum tahun tersebut. Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah sebanyak 33 buah kerusi.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya ini dengan meraih 23 kerusi untuk meneruskan pemerintahan negeri Pulau Pinang. Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi 10 kerusi, manakala parti lain, tewas semua kerusi yang ditandingi.