Pilihan raya negeri Kelantan 1999
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 43 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan 22 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri Kelantan ke-10 telah diadakan pada 29 November 1999. Pengundian telah berlangsung di 43 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Kelantan, Malaysia, dengan setiap satunya memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pilihan raya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pilihan raya negeri ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 1999.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, 41 kerusi untuk meneruskan pemerintahan negeri Kelantan, tetapi sekutunya, Parti Keadilan Nasional (Keadilan), tewas semua kerusi yang ditandinginya. Parti pembangkang utama negeri, Barisan Nasional, hanya memenangi 2 kerusi.