Pilihan raya negeri Kelantan 1978

Pilihan raya negeri Kelantan 1978

11 Mac 1978

Semua 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar321,669
Pengundi hadir241,566 (75.1%)
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
 
Pemimpin Tengku Razaleigh Hamzah Mohamed Nasir Ishak Lotfi Omar
Parti UMNO BERJASA PAS
Gabungan Barisan Nasional
Pemimpin sejak Tidak diketahui 1978 1971
Kerusi pemimpin Tidak bertanding Tendong Tidak diketahui
Pilihan raya
lepas
36 Parti baru
Kerusi sebelum 14 1 21
Kerusi yang
diperlukan
19 19
Kerusi yang
dimenangi
23 11 2
Perubahan kerusi 9 11 20
Undian popular 88,671 64,680 79,514
Peratusan 37.32% 27.23% 33.47%

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Mohamed Nasir
BERJASA

Menteri Besar dilantik

Mohamed Yaacob
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Kelantan 1982 telah diadakan pada 11 Mac 1978. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dipilih setiap 5 tahun bagi satu-satu penggal.

DUN Kelantan telah dibubarkan pada 13 Februari 1978 oleh Sultan Kelantan, atas nasihat Menteri Besar Kelantan. Pembubaran ini dilakukan lebih awal dari tempoh penggal DUN selama 5 tahun, dan dilakukan sehari selepas pengisytiharan penamatan darurat di Kelantan selama 95 hari oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Barisan Nasional memenangi pilihan raya ini, dengan UMNO meraih 22 kerusi dan MCA meraih 1 kerusi untuk mendapat majoriti mudah. BERJASA, parti yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir setelah dipecat dari PAS, meraih 11 kerusi, manakala PAS yang telah disingkirkan dari BN pada 1977 akibat dari darurat di Kelantan, mengalami kekalahan teruk dengan hanya meraih 2 kerusi.