Pilihan raya negeri Kelantan 1974

Pilihan raya Negeri Kelantan 1974

24 Ogos - 14 September 1974

Kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar-
Pengundi hadir-
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Ishak Lotfi Omar Tidak diketahui
Parti PAS PSRM
Gabungan Barisan Nasional
Pemimpin sejak 1971 Tidak diketahui
Kerusi pemimpin Ketereh Tidak diketahui
Pilihan raya
lepas
30 Tidak bertanding
Kerusi sebelum 30 0
Kerusi yang
diperlukan
19
Kerusi yang
dimenangi
36 0
Perubahan kerusi 6
Undian popular 156,086 5,519
Peratusan 73.89% 2.61%
Peralihan undi - -

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Ishak Lotfi Omar
Barisan Nasional, (PAS)

Terpilih

Mohamed Nasir
Barisan Nasional, (PAS)

Pilihan raya negeri Kelantan ke-5 telah diadakan pada 24 Ogos hingga 14 September 1974.

Pengundian telah berlangsung di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Kelantan, Malaysia, dengan setiap satunya memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pilihan raya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pilihan raya negeri ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 1974.

Gabungan baharu Barisan Nasional menyapu bersih pilihan raya ini dengan memenangi kesemua kerusi, dengan diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang baru menyertai BN setahun sebelumnya, meraih 22 kerusi, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 13 kerusi, dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1 kerusi.