Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009

Pilihan raya kecil
Bagan Pinang 2009

11 Oktober 2009 (2009-10-11)

Kerusi Bagan Pinang di Dewan Undangan Negeri Sembilan dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
 
Calon Mohd Isa Abdul Samad Zulkefly Mohamad Omar
Parti BN-UMNO PAS
Undian popular 8,013 2,578

ADUN Bagan Pinang sebelum pilihan raya

Azman Mohammad Noor
BN-UMNO

ADUN Bagan Pinang

Mohd Isa Abdul Samad
BN-UMNO

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 2009 (Tulisan Jawi: ڤيليهن راي كچيل باڬن ڤينڠ 2009) ialah pilihan raya kecil ke-9 di Malaysia selepas pilihan raya umum 2008. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor akibat jangkitan di dalam darah. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober 2009 manakala 11 Oktober 2009 sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Pada 3 Oktober 2009, setelah ditutup pencalonan, didapati bahawa pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional yang diwakili oleh calon UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Zulkefly Mohamad Omar. Setelah dibuat pengiraan pada 11 Oktober 2009, didapati bahawa calon BN, Tan Sri Isa Samad secara rasmi menang besar di dalam pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 5,435 undi.