Piala Thomas & Uber 2022

Piala Thomas & Uber 2022
Butiran Kejohanan
Tarikh8–15 Mei 2022
EdisiKe-32 (Piala Thomas)
Ke-29 (Piala Uber)
TahapAntarabangsa
Negara16 (Piala Thomas)
16 (Piala Uber)
VenueImpact Arena
LokasiBangkok, Thailand
Laman web rasmibwfthomasubercups.com
2020 Aarhus 2024 Chengdu

Piala Thomas & Uber 2022 ialah edisi ke-32 Piala Thomas dan edisi ke-29 Piala Uber, kejohanan antarabangsa dwitahunan badminton yang dipertandingkan oleh pasukan lelaki dan pasukan kebangsaan wanita persatuan ahli Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kejohanan ini akan dihoskan di Bangkok, Thailand di Impact Arena dari 8 hingga 15 Mei 2022. Ini menandakan kali ketiga Thailand menjadi tuan rumah Piala Thomas, dan kali kedua untuk Piala Uber.

Indonesia ialah juara bertahan untuk pasukan lelaki, dan China untuk pasukan wanita.

Kejohanan itu dipertandingkan oleh 16 negara setiap satu dalam disiplin lelaki dan wanita, dengan format peringkat kumpulan yang mana dua pasukan teratas layak ke peringkat kalah mati. Denmark, India, Indonesia dan Jepun mara ke separuh akhir Piala Thomas manakala China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand layak untuk bermain separuh akhir Piala Uber.

Perlawanan akhir acara lelaki adalah antara Indonesia dan India. India menang 3–0 untuk gelaran pertama mereka. Perlawanan akhir acara wanita adalah antara China dan Korea Selatan di mana, pasukan Korea Selatan menang 3–2 untuk gelaran kedua mereka.