Piala Uber
| Sukan | Badminton |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1957 |
| Bil. pasukan | 16 |
| Juara lalu | China (Gelaran ke-16) |
| Juara terbanyak | China (16 gelaran) |
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik di dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Pertandingan badminton bagi berpasukan lelaki pula dikenali sebagai Piala Thomas.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.