Piala Thomas & Uber 2020

Piala Thomas & Uber 2020
Butiran Kejohanan
Tarikh9–17 Oktober 2021
EdisiKe-31 (Piala Thomas)
Ke-28 (Piala Uber)
TahapAntarabangsa
VenueCeres Arena
LokasiAarhus, Denmark
Laman web rasmibwfthomasubercups.com
2018 2022

Piala Thomas & Uber 2020 (secara rasmi dikenali sebagai Piala Thomas & Uber BWF 2020 Final TotalEnergies kerana sebab-sebab penajaan) adalah kejohanan ke-31 untuk Piala Thomas dan kejohanan ke-28 untuk Piala Uber, merupakan sebuah kejohanan pasukan badminton masing-masing bagi lelaki dan wanita. Ia akan diadakan di Ceres Arena di Aarhus, Denmark.

Ini adalah kali pertama Denmark menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber dan kali pertama acara ini diadakan di Eropah sejak 1982 di England. Ia akan berlangsung pada 15-23 Ogos, tetapi pada 29 April 2020 ia ditunda ke 3-11 Oktober sebagai ganti disebabkan Pandemik COVID-19. Pada 15 September ia ditangguhkan sekali lagi dan pada 21 Disember diumumkan bahawa ia akan berlangsung pada 9-17 Oktober 2021.