Piala Malaysia 2021
| TM Piala Malaysia 2021 | |
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Tarikh | 26 September – 30 November 2021 |
| Pasukan | 16 |
| Juara bertahan | Johor Darul Ta'zim |
| Juara | Kuala Lumpur City |
| Naib juara | Johor Darul Ta'zim |
| Perlawanan dimainkan | 57 |
| Jaringan gol | 156 (2.74 per perlawanan) |
| Kehadiran | 167,458 (2,938 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Romel Morales (10 gol) |
| Pemain terbaik | Zhafri Yahya (KL City) |
← 2020 2022 → | |
Piala Malaysia 2021 juga dikenali sebagai TM Piala Malaysia 2021 (atas sebab penajaan) adalah merupakan edisi ke-95 Piala Malaysia dan yang ke 100 tahun penubuhannya sejak 1921, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Oleh kerana FAM telah membatalkan Piala FA 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19, satu slot layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2022 yang diberikan AFC untuk pemenang Piala FA 2021 akan diberikan kepada pemenang dari Piala Malaysia 2021.
Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan.
Kuala Lumpur City memenangi perlawanan akhir setelah menewaskan Johor Darul Ta'zim dengan keputusan 2–0 dan layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2022.