Piala Malaysia 2020
| TM Piala Malaysia 2020 | |
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Tarikh | 6 November – 22 November 2020 (Dibatalkan) |
| Pasukan | 16 |
| Juara bertahan | Johor Darul Ta'zim |
| Juara | Kejohanan Dibatalkan |
| Perlawanan dimainkan | 7 |
| Jaringan gol | 23 (3.29 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Leandro Dos Santos (3 gol) |
← 2019 2021 → | |
Piala Malaysia 2020 juga dikenali sebagai TM Piala Malaysia 2020 (atas sebab penajaan) adalah merupakan edisi ke-99 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL)
Oleh kerana kejohanan Piala FA 2020 tidak dapat diteruskan dan MFL telah membuat keputusan untuk membatalkannya kerana penularan pandemik COVID-19 di dalam negara yang masih belum reda, maka satu daripada dua tiket yang diberikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada Malaysia untuk layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2021 akan diberikan kepada juara dari Piala Malaysia 2020. Jika Johor Darul Ta'zim atau Kedah selaku juara dan naib juara Liga Super 2020 muncul sebagai juara, Terengganu sebagai tempat ketiga dalam Liga Super 2020 yang akan layak, ini kerana slot itu tidak akan diberikan kepada pasukan naib juara Piala Malaysia 2020.
Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan.
Pada 12 November 2020, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa kejohanan tidak akan disambung dan dibatalkan serta-merta. Ini bermaksud menutup musim untuk bola sepak Malaysia pada tahun 2020 berikutan penolakan rayuan MFL oleh pemerintah, termasuk dengan sebahagian besar negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) disebabkan oleh pandemik COVID-19 di Malaysia.
Terbatalnya Piala Malaysia 2020, Terengganu sebagai tempat ketiga dalam Liga Super 2020 layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2021 sebagai slot Malaysia 2.