Piala AFC 2022

Piala AFC 2022
Perincian kejohanan
TarikhKelayakan:
5 April– 17 Mei 2022
Kejohanan sebenar:
18 Mei– 22 Oktober 2022
PasukanKejohanan sebenar: 36
Jumlah (maksimum): 48 (dari 37 persatuan)
Kedudukan Akhir
Juara Al-Seeb (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Kuala Lumpur City
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan62
Jaringan gol204 (3.29 per perlawanan)
Kehadiran268,576 (4,332 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Paulo Josué
Pedro Paulo
Jasur Hasanov (Masing-masing 5 gol)
Pemain terbaik Eid Al-Farsi
2021

Piala AFC 2022 akan menjadi edisi ke-19 Piala AFC, kejohanan bola sepak kelab kedua berprestij di Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Musim ini akan menjadi yang terakhir dalam jadual sepanjang tahun (musim bunga hingga musim luruh); mulai musim depan dan seterusnya pertandingan akan bertukar kepada jadual musim luruh ke musim bunga.

Juara kejohanan ini akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2023, melalui play-off kelayakan, jika tidak layak berdasarkan prestasi liga domestik mereka.

Kelab dari Bahrain Al-Muharraq adalah juara bertahan, setelah memenangi gelaran Piala AFC kedua mereka pada 2021. Memandangkan mereka gagal mendapatkan lesen AFC, mereka tidak akan mempertahankan gelaran mereka.