Piala Axiata

Piala Axiata atau lebih dikenali sebagai Axiata Cup ialah kejohanan badminton peringkat dunia yang ditaja oleh Kumpulan Axiata Berhad (Axiata), syarikat telekomunikasi terbesar di Asia daripada Malaysia, ahli kumpulan TM. Acara ini dianjurkan setiap-tiap tahun bersama-sama dengan Konfederasi Badminton Asia (BAC) dan juga Total Sports Asia (TSA). Kejohanan ini untuk kali pertama dianjurkan pada 2012, dan dirasmikan olehMohamed Al-Amin Abd Majid, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dan Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AxiataIa menawarkan jumlah hadiah US$ 1.000.000,00 (kira-kira RM 3 juta).

Kejohanan ini akan memaparkan pasukan daripada negara-negara peserta selama 4 ahad. Dalam dua kali penganjurannya, Kejohanan ini dianjurkan di Kuala Lumpur dan Indonesia. Negara-negara peserta yang akan bersaing ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, dan Vietnam. Acara ini pula akan memaparkan format kejohanan yang menarik, kerana pula memaparkan pasukan All-Stars Asia dan All-Stars Eropah. Dan, untuk kali pertama dalam sejarah BAC, perlawanan dianjurkan di tempat/negara penganjur itu.

Pada penganjuran Piala Axiata 2012, Malaysia dan Indonesia menghantar 2 pasukan , sehingga terdapat 10 pasukan yang bersaing. Tetapi, pada penganjuran Piala Axiata 2013, Piala Axiata memaparkan pasukan All-Stars Asia dan All-Stars Eropah, sehingga jumlah pasukan yang bersaing dikurangkan menjadi 8 pasukan.