Mohamed Al-Amin Abd Majid

Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abdul Majid (lahir 20 September 1955) adalah bekas Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari tahun 2011 hingga tahun 2017 lalu dan memangku jawatan sebagai Presiden dari tahun 2015 hingga tahun 2017 lalu.

Pada 8 Februari 2012, beliau dan Datuk Seri Jamaludin Ibrahim telah merasmikan pertandingan badminton Piala Axiata. Kejohanan berpasukan Piala Axiata ini dianjurkan oleh Kumpulan Axiata Berhad (Axiata) bersama Konfederasi Badminton Asia (BAC) dan juga Total Sports Asia (TSA).Enam negara ASEAN akan beraksi termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam.