Telekom Malaysia

Telekom Malaysia Berhad
تيليكوم مليسيا برحد
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriTelekomunikasi
DitubuhkanDikorporatkan pada 1984 (1984)
Ibu pejabatMenara Telekom, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • Dato' Zainal Abidin Putih (Pengerusi)
  • Amar Huzaimi Md Deris (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)
KeluaranPerkhidmatan Telekomunikasi
Hasil RM 12.087 bilion (2017)
Pendapatan kendalian RM1.101 bilion (2017)
Bilangan kakitangan26,407 (2017)
Syarikat indukKhazanah Nasional
Tapak webwww.tm.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Telekom Malaysia Berhad (TM, MYX: 4863) merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.

TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini.