Piala Asia B-17 AFC 2025

Piala Asia B-17 AFC 2025
كأس آسيا تحت 17 سنة 2025
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Arab Saudi
Tarikh3–20 April
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Uzbekistan (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Arab Saudi
Separuh Akhir Korea Utara
 Korea Selatan
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol101 (3.26 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Asilbek Aliev
(5 gol)
Pemain terbaik Sadriddin Khasanov
Penjaga gol terbaik Nematulloh Rustamjonov
Anugerah Permainan Bersih Arab Saudi
2023
2026 →

Piala Asia B-17 AFC 2025 merupakan edisi ke-20 Piala Asia B-17 AFC (termasuk edisi sebelumnya Kejohanan B-16 AFC dan Kejohanan B-17 AFC), yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) untuk pasukan kebangsaan bawah 17 negara Asia.

Pada 24 Mei 2024, AFC mengumumkan bahawa Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kejohanan itu.

Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan tersebut. Lapan pasukan teratas kejohanan itu akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2025 di Qatar sebagai wakil AFC selain Qatar yang layak secara automatik sebagai tuan rumah.

Jepun adalah pemegang gelaran, setelah memenangi gelaran itu pada 2023.