Piala Asia B-17 AFC 2023

Piala Asia B-17 AFC 2023
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Thailand
Tarikh15 Jun–2 Julai 2023
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Jepun (Kejuaraan Ke-4)
Naib Juara Korea Selatan
Separuh Akhir Uzbekistan
 Iran
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol99 (3.19 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Gaku Nawata
(5 gol)
Pemain terbaik Gaku Nawata
Penjaga gol terbaik Wataru Goto
Anugerah Permainan Bersih Jepun
2020
2025

Piala Asia B-17 AFC 2023 merupakan edisi ke-19 Piala Asia B-17 AFC (termasuk edisi sebelumnya Kejohanan B-16 AFC dan Kejohanan B-17 AFC), yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) untuk pasukan kebangsaan bawah 16 negara Asia. Edisi ini akan menjadi yang pertama sejak 2006 dimainkan sebagai kejohanan bawah 17 tahun, kerana AFC mencadangkan untuk menukar kejohanan daripada bawah 16 tahun kepada bawah 17 tahun bermula dari 2023. Selain itu, kejohanan itu turut dijenamakan semula daripada "Kejohanan Remaja B-16 AFC" kepada "Piala Asia B-17 AFC".

Pada 25 Januari 2021, AFC mengumumkan bahawa Bahrain akan mengekalkan hak tuan rumah untuk edisi 2023 selepas pembatalan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, Bahrain memutuskan untuk menarik balik hak untuk menjadi tuan rumah kejohanan pada 16 Jun 2022, dan memerlukan tuan rumah baharu yang akan dipilih di kemudian nanti.

Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan tersebut. Empat pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2023 di Indonesia sebagai wakil AFC.

Jepun adalah juara bertahan.