Piala Dunia B-17 FIFA 2023

Piala Dunia B-17 FIFA 2023
Piala Dunia U-17 FIFA 2023
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Indonesia
Tarikh10 November – 2 Disember
Pasukan24 (dari 6 konfederasi)
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Jerman (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Perancis
Tempat Ketiga Mali
Tempat Keempat Argentina
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan52
Jaringan gol175 (3.37 per perlawanan)
Kehadiran437,575 (8,415 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Agustín Ruberto
(8 gol)
Pemain terbaik Paris Brunner
Penjaga gol terbaik Paul Argney
Anugerah Permainan Bersih England
2019
2025 →

Piala Dunia B-17 FIFA 2023 akan menjadi edisi ke-19 Piala Dunia B-17 FIFA, sebuah kejohanan bola sepak remaja dwitahunan yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan bawah 17 tahun anggota persatuan FIFA. Ia akan diadakan di Indonesia dari 10 November hingga 2 Disember 2023. Ia juga merupakan kali pertama kejohanan FIFA akan diadakan di rantau ini sejak Piala Dunia Futsal FIFA 2012 di Thailand. Ia akan menjadi kali keenam Piala Dunia FIFA B-17 di Asia.

Edisi ini menandakan kembalinya kejohanan selepas berehat selama empat tahun akibat pandemik COVID-19 yang memaksa FIFA membatalkan edisi 2021.

Brazil adalah juara bertahan, setelah memenangi gelaran keempat mereka pada 2019.