Liga Juara-Juara AFC 2023–24

Liga Juara-Juara AFC 2023–24
Perincian kejohanan
TarikhKelayakan:
8 – 22 Ogos 2023
Kejohanan sebenar:
18 September 2023 – 25 Mei 2024
PasukanKejohanan sebenar: 40
Jumlah (maksimum): 55
Kedudukan Akhir
Juara Al Ain (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Yokohama F. Marinos
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan150
Jaringan gol471 (3.14 per perlawanan)
Kehadiran1,824,824 (12,165 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Soufiane Rahimi (13 gol)
Pemain terbaik Soufiane Rahimi
2022
2024–25
(Liga Juara-Juara Elit AFC) →

Liga Juara-Juara AFC 2023–24 akan menjadi edisi ke-42 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-21 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.

Musim ini adalah yang pertama mempunyai jadual antara tahun dari September (musim luruh hingga musim bunga) dan bukannya jadual antara tahun (musim bunga hingga musim luruh) sejak musim 2002–03. Edisi kali ini menyaksikan pertambahan bilangan pemain awal dengan 35 pemain boleh didaftarkan; pasukan akan dapat menurunkan enam pemain asing dalam permainan, di mana salah seorang pemain ini mestilah dari negara Asia yang lain.

Pemenang kejohanan akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2024–25, memasuki peringkat play-off kelayakan, jika mereka tidak layak melalui prestasi domestik mereka.