Philae (kapal angkasa lepas)

Philae
Ilustrasi Philae yang menghampiri komet
Jenis misiPendarat komet
PengoperasiAgensi Angkasa Eropah
COSPAR IDPHILAE
Tapak webwww.esa.int/rosetta
Jangka masa misi1–6 minggu (dirancang)
Ciri kapal angkasa lepas
Berat berlepas100 kg (220 lb)
Berat muatan21 kg (46 lb)
Dimensi1 × 1 × 0.8 m (3.3 × 3.3 × 2.6 ka)
Kuasa32 watt pada 3 AU
Permulaan misi
Tarikh pelancaran2 March 2004, 07:17 (2004-03-02UTC07:17Z) UTC
RoketAriane 5G+ V-158
Tapak pelancaranKourou ELA-3
KontraktorArianespace
Pendarat 67P/Churyumov–Gerasimenko
Tarikh pendaratan12 November 2014
15:35 UTC
Peralatan
APX Alpha: Alpha Particle X-ray Spectrometer
ÇIVA: Comet nucleus Infrared and Visible Analyzer
CONSERT COmet Nucleus Sounding Experiment by Radiowave Transmission
COSAC: COmetary SAmpling and Composition
MUPUS: Multi-Purpose Sensors for Surface and Subsurface Science
PTOLEMY: gas chromatograph and medium resolution mass spectrometer
ROLIS: ROsetta Lander Imaging System
ROMAP: ROsetta lander MAgnetometer and Plasma monitor
SD2: Sample and Distribution Device
SESAME: Surface Electric Sounding and Acoustic Monitoring Experiment

Philae merupakan sebuah pendarat robotik Agensi Angkasa Eropah yang menemani kapal angkasa Rosetta sehingga pendaratannya yang ditentukan di atas Komet 67P/Churyumov–Gerasimenko, lebih daripada 10 tahun selepas berangkat dari Bumi. Pada 12 November 2014, pendarat ini melakukan pendaratan terkawal yang julung-julung kalinya di atas sesebuah nukleus komet. Instrumen-instrumennya dijangka memperoleh gambar-gambar pertama daripada permukaan komet dan melakukan analisis in situ yang julung-julung kalinya untuk menentukan komposisinya. Pendarat ini dinamai sempena Pulau Philae (Filah) di Sungai Nil, di mana terjumpa dan terpakainya sebuah obelisk di samping Batu Rosetta untuk mentafsirkan hieroglif Mesir.