67P/Churyumov–Gerasimenko
| Penemuan | |
|---|---|
| Ditemui oleh | Klim Ivanovych Churyumov Svetlana Ivanovna Gerasimenko |
| Designasi | |
| Nama alternatif | Templat:J, Templat:J, 1969h, Templat:J, Templat:J, 1975i, Templat:J, 1982f, Templat:J, 1988i |
| Ciri-ciri orbit | |
| Epok 20 Disember 2013 (JD 2456646.5) | |
| Afelion | 5.6839 AU (850,300,000 km) |
| Perihelion | 1.2429 AU (185,940,000 km) |
| Paksi semimajor | 3.4634 AU (518,120,000 km) |
| Kesipian | 0.64113 |
| Tempoh orbit | 6.45 yr |
| Kecondongan | 7.0418° |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Dimensi | 3.5×4 km (2.2×2.5 bt) |
| Jisim | anggaran 3.14×1012 kg pasti akan berubah |
| Min ketumpatan | 102±9 kg/m³ |
| Halaju lepas | 0.46 m/s (1.5 ft/s) |
| Tempoh putaran | 12.7 jam |
sunting | |
Komet Churyumov–Gerasimenko, secara rasmi ditandai 67P/Churyumov–Gerasimenko, ialah sebuah komet dengan kala orbit 6.45 tahun dan kala putaran hampir-hampir 12.7 jam. Komet ini akan datang seterusnya kepada perihelion (pendekatan terdekat dengan matahari) pada 13 Ogos 2015. Seperti semua komet, komet ini dinamai sempena penemunya, Klim Ivanovych Churyumov dan Svetlana Ivanovna Gerasimenko, yang pertama kali mencerapnya pada plat fotograf pada 1969.
Churyumov-Gerasimenko ialah destinasi misi Rosetta Agensi Angkasa Eropah, dilancarkan pada 2 Mac 2004. Pesawat angkasa Rosetta berendezvous dengan komet ini pada 6 Ogos 2014, dengan rancangan untuk memasuki orbit selepas mendekat hingga sekitar 30 km (19 bt) pada lima minggu kemudian. Rosetta akan mengkaji komet ini dan mengenal pasti tapak pendaratan sesuai untuk pendaratnya, Philae; pendaratannya dijadualkan untuk November 2014.