Peter John Jaban

Peter John Jaban atau 'Petdier John' atau 'Anak Apai' adalah penyampai berita Radio Sarawak Bebas. Beliau digelar 'Papa Orang Utan' kerana memperjuangkan nasib haiwan 'orang Utan' di Borneo dan pejuang nasib orang Iban di Sarawak. Beliau pernah menjadi DJ radio milik kerajaan negeri Sarawak Cats FM dan berundur pada 2006. Beliau juga bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA). Jaban juga pernah bekerja di Pejabat Tanah dan Ukur Kuching.

Radio Free Sarawak telah dilancarkan pada November 2010 sebagai saluran alternatif bagi rakyat Sarawak. Ia merupakan sebuah instrumen media yang memuatkan banyak informasi, wawancara, muzik, komentar dan laporan yang tidak akan disiarkan oleh media kerajaan BN. Radio Free Sarawak dan Sarawak Report sering menyiarkan isu-isu penebangan balak di Sarawak dan kehilangan tanah peribumi Sarawak serta rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak. Selaku DJ, Jaban menelefon penduduk Iban Sarawak yang menetap di rumah-rumah panjang yang sering menyangkut tentang hak asasi manusia di Sarawak. Kini beliau ahli Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia di london dan terus mengenengahkan isu penindasan dan pemingiran Dayak di Sarawak.

Pada 2011, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) , Pandi Suhaili membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga berhubung desakan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia, Datuk Joseph Salang Gandum tentang fitnah palsu terhadap [[Ketua Menteri Sarawak], Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pada 23 Februari 2011, Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan Peter John Jaban menngaku mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report. Pilihan raya DUN Sarawak 2011 berlangsung pada 16 April 2011.