Radio Sarawak Bebas
| Kawasan penyiaran | Sarawak |
|---|---|
| Jenama | RFS |
| Frekuensi | 15420 kHz |
| Tarikh siaran pertama | 16 November 2010 |
| Format | Perbincangan, berita, muzik |
| Bahasa | Iban, Melayu dan Inggeris |
| Pemilik | Clare Rewcastle Brown |
| Siaran web | SoundCloud iTunes link |
| Tapak web | radiofreesarawak |
Radio Sarawak Bebas (bahasa Inggeris: Radio Free Sarawak) ialah sebuah stesen radio tidak berdaftar yang diasaskan oleh Clare Rewcastle Brown dan dikendalikan oleh penyampai radio Cats FM Peter John Jaban juga dikenali sebagai Papa Orang Utan, Christina Suntai yang tamat belajar Kolej Teknikal Florida dalam sains komputer dan pengaturcaraan komputer dan Michael Ngau. Memulakan siaran pada 16 November 2010, stesen ini boleh diterima melalui gelombang pendek 15420 kHz dan siniar secara sejagat setiap hari 11.00-12.30 UTC atau 19.00-20.30 pada waktu Sarawak. Stesen ini menerima siaran meluas di Malaysia selepas kehilangan sementara Jaban. Bagaimanapun, ia kemudian didapati bahawa dia telah bersembunyi secara sukarela. Pada 15 November 2014, stesen radio itu menggantung perkhidmatan siaran gelombang pendek dan mendakwa kerajaan Sarawak telah mengguling perkhidmatannya.