Petaurista
| Petaurista | |
|---|---|
| Tupai terbang gergasi Bhutan (Petaurista nobilis) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Rodentia |
| Keluarga: | Sciuridae |
| Tribus: | Pteromyini |
| Genus: | Petaurista Link, 1795 |
| Spesies jenis | |
| Sciurus petaurista | |
Petaurista ialah genus rodensia dalam keluarga Sciuridae. Ia ialah tupai terbang besar hingga sangat besar, yang dijumpai di hutan dan habitat berhutan lain di selatan dan timur Asia.
Sama dengan tupai terbang lain, ia kebanyakannya nokturnal dan boleh meluncur (bukan terbang seperti kelawar) dalam jarak yang jauh di antara pokok dengan mengembangkan patagiumnya, iaitu kulit di antara anggotanya. Ia banyak memakan bahan tumbuhan, tapi turut menjamah binatang kecil seperti serangga.