Kelawar

Kelawar
Julat zaman:
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Klad: Scrotifera
Klad: Apo-Chiroptera
Order: Chiroptera
Blumenbach, 1779
Suborders

(terkini):

  • Yinpterochiroptera
  • Yangochiroptera

(tradisional):

Taburan spesies kelawar di seluruh dunia

Kelawar (Jawi: کلاور) ialah sejenis mamalia terbang daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu kelawar mega dalam subsusunan Megachiroptera, dan kelawar mikro dalam subsusunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah terubah suai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua subsusunan iaitu 175 spesies kelawar mega yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar mikro. Kedua-dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga kelawar mega yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar mikro. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali di kawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.