Tupai

Tupai
Julat zaman:
Bermacam ahli keluarga Sciuridae
Callosciurus prevostii Eutamias sibiricus Tamiasciurus hudsonicus
Sciurus niger Urocitellus columbianus Paraxerus cepapi
Geosciurus inauris Marmota sp. Cynomys ludovicianus
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Suborder: Sciuromorpha
Keluarga: Sciuridae
Fischer de Waldheim, 1817
Genus jenis
Sciurus
Linnaeus, 1758
Subkeluarga dan suku

Tupai (Jawi: توڤاي) atau bajing (Jawi: باجيڠ) ialah sejenis rodensia bersaiz kecil atau sedang dengan ekor berbulu dalam keluarga Sciuridae yang ditemukan di benua-benua Amerika, Eurasia dan Afrika. Banyak spesies tupai hinggap di pokok-pokok. Walau bagaimanapun, ada juga tupai tanah termasuk tupai belang dan spesies-spesies Cynomys.

Fosil-fosil tupai yang terawal diketahui wujud sejak zaman Eosen, dan antara keluarga rodensia hidup yang lain, tupai paling berkait rapat dengan beaver gunung dan tikus tidur.