Pertempuran Ridanieh
| Pertempuran Ridanieh | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Mamluk (1516–1517) | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Empayar Uthmaniyyah | Kesultanan Mamluk | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Sultan Selim I Hadım Sinan Pasha † |
Sultan Tuman Bay II Janbirdi al-Ghazali Shadi Baig † | ||||||
| Kekuatan | |||||||
| 20,000 | 20,000 | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| 6,000 | 7,000 | ||||||
Pertempuran Ridanieh atau Pertempuran Ridaniya (Turki: Ridaniye Muharebesi; Arab: معركة الريدانية) berlaku pada 22 Januari 1517 di Mesir. Tentera Uthmaniyyah di bawah Sultan Selim I menewaskan tentera Mamluk di bawah pimpinan Al-Ashraf Tuman bay II. Tentera Uthmaniyah seterusnya berarak ke kota Kaherah dan kepala penguasa Mamluk yang terakhir, Tuman Bay II digantung di pintu gerbang Al Ghourieh. Menurut versi yang lain, badan beliau telah digantung di pintu gerbang kota sebelum dikebumikan selepas digantung selama tiga hari. Wazir Agung Uthmaniyah Sinan Pasha telah terkorban dalam konflik ini.