Perang Mamluk-Uthmaniyyah (1516–1517)

Perang Mamluk-Uthmaniyyah
(1516–1517)
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Timur Dekat

Wilayah Empayar Uthmaniyyah, diambil dari Theatro d'el Orbe de la Tierra de Abraham Ortelius, Anvers, 1602, dikemaskini berdasarkan edisi tahun 1570.
Tarikh1516-1517
Lokasi
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah, kejatuhan Kesultanan Mamluk
Pihak yang terlibat
Empayar Uthmaniyyah Kesultanan Mamluk
Komandan dan pemimpin
Selim I
Hadım Sinan Pasha
Al-Ashraf Qansuh al-Ghawri
Tuman Bey II

Perang Mamluk-Uthmaniyah 1516–1517 adalah satu konflik di antara Kesultanan Mamluk di Mesir dan Empayar Uthmaniyah, yang mana membawa kepada kejatuhan Kesultanan Mamluk dan penggabungan Syria, Mesir dan Semenanjung Arab sebagai wilayah di dalam Empayar Uthmaniyah. Perang ini menukarkan Empayar Uthmaniyah dari memiliki kawasan kecil tanah Muslim, terutamanya yang terletak di Anatolia dan Balkan, kepada sebuah empayar besar yang terdiri daripada tanah-tanah traditional Islam, termasuk kota-kota bersejarah Mekah, Kaherah, Damsyik dan Aleppo. Ia bagaimanapun terus ditadbir dari Istanbul.