Pertempuran Marj Dabiq
| Pertempuran Marj Dabiq | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah–Mamluk (1516–17) | |||||||
Serangan kavalri Uthmaniyyah | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Empayar Uthmaniyyah | Kesultanan Mamluk | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Selim I | Al-Ashraf Qansuh al-Ghawri † | ||||||
| Kekuatan | |||||||
| 60,000 |
20,000
| ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| Tidak diketahui | Tidak diketahui | ||||||
Pertempuran Marj Dābiq (Arab: مرج دابق, bermaksud "padang rumput Dābiq"; Turki: Mercidabık Muharebesi) merupakan pertempuran yang tercetus di Timur Tengah pada 24 Ogos 1516 berhampiran Dabiq yang terletak kira-kira 44 km dari Aleppo (Syria moden). Pertempuran ini sebahagian daripada peperangan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kesultanan Mamluk yang berakhir dengan kejayaan Uthmaniyah dan penaklukan ke atas Timur Tengah oleh Uthmaniyah sekali gus membawa kepada keruntuhan Kesultanan Mamluk. Kejayaan ini juga membolehkan Sultan Selim berkuasa ke atas keseluruhan kawasan Syam dan ia merintis kepada penaklukan Mesir.