Pertempuran Mohi

Pertempuran Mohi
Sebahagian daripada Serangan Mongol ke atas Eropah
Tarikh11 April, 1241
Lokasi
Sungai Sajó, Hungary
Keputusan Kemenangan mutlak Mongol
Pihak yang terlibat
Kerajaan Hungary Empayar Mongol
Komandan dan pemimpin
Raja Béla IV Batu Khan,
Subutai,
Shiban
Kekuatan
80,000
termasuk kavalri berat Hungary, Kesatria Templar, dan askar upahan kavalri ringan puak nomad
70,000
kavalri berat dan ringan
Kerugian dan korban
~40,000
~1,000

Pertempuran Mohi, atau Pertempuran Sungai Sajó, berlaku pada 11 April, 1241 merupakan satu pertempuran penting di antara Empayar Mongol dengan Kerajaan Hungary semasa serangan Mongol ke atas Eropah. Pertempuran ini telah berlaku di Muhi, barat daya Sungai Sajó. Selepas serangan ini, Hungary ditinggalkan dalam kemusnahan. Hampir separuh tempat-tempat berpenduduk telah dimusnahkan oleh tentera penceroboh. Kira-kira satu per empat penduduk telah mati, kebanyakannya di tanah rendah, terutamanya di Alföld, selatan sehingga dataran Hungary kini dikenali sebagai Banat, dan di selatan Transylvania.