Serangan Mongol terhadap Jepun
Penyerbuan negara Jepun oleh Mongol (元寇, Genkō) dari 1274 sehingga 1281 merupakan kejadian besar dalam kepentingan sejarahmakro (macrohistorical), disebalik kegagalannya. Penjajahan ini adalah antara kejadian yang paling terkemuka dalam sejarah Jepun, dan disebabkan oleh peranan mereka dalam menghadkan pengembangan Mongol, boleh dikatakan kejadian penting dalam sejarah dunia secara keseleuruhan. Ia dirujuk dalam banyak hasil rekaan, dan kejadian terawal dari mana perkataan kamikaze, atau "angin suci - divine wind", digunakan secara meluas. Tambahan lagi, dengan pengecualian pada akhir Perang Dunia II, percubaan penjajahan yang gagal ini merupakan antara yang paling hampir berjaya menjajah Japan dalam tempoh 1500 tahun terakhir ini.