Serangan Mongol ke atas Palestin
Serangan Mongol ke atas Palestin berlaku semasa penghujung Perang Salib, sebagai tindakan lanjut ekoran kejayaan sementara serangan Mongol ke atas Syria, yang berlaku pada tahun 1260 dan 1300. Berikutan serangan-serangan ini, terdapat satu tempoh selama beberapa bulan di mana tentera Mongol telah melancarkan beberapa serangan ke atas Palestin, iaitu sehingga ke Gaza.
Serangan-serangan ini dilakukan oleh sebahagian kecil tentera Mongol, bagi menjarah, membunuh dan memusnahkan harta benda. Walau bagaimanapun, Mongol kelihatan tidak berminat untuk menggabungkan Palestin ke dalam sistem pentabiran Mongol, dan beberapa bulan selepas serangan ke atas Syria, tentera Mamluk datang dari Mesir dan menduduki semula kawasan ini dengan mendapat sedikit tentangan.