Pertempuran El Alamein Pertama

Pertempuran El Alamein Pertama
Sebahagian daripada Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II

Infantri British bersiap sedia di benteng guni pasir berhampiran El Alamein, 17 Julai 1942.
Tarikh1–27 Julai 1942
Lokasi
El Alamein, Mesir
Keputusan Kebuntuan
Pihak yang terlibat
Jerman
 Itali

 United Kingdom

 Australia
 New Zealand

Afrika Selatan
Komandan dan pemimpin
Erwin Rommel Claude Auchinleck
Kekuatan
96,000 askar (40,000 Jerman, 56,000 Itali)
70 kereta kebal pada awalnya
~500 pesawat
150,000 askar
179 kereta kebal pada awalnya
1,000+ laras artileri
1,500+ pesawat
Kerugian dan korban
10,000 terbunuh atau cedera
7,000 tawanan
13,250 kasualti

Pertempuran El Alamein Pertama (1–27 Julai 1942) adalah satu pertempuran Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II, yang berperang di Mesir antara Tentera Darat Panzer Afrika (Panzerarmee Afrika, merangkumi Kor Afrika) (Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Erwin Rommel) dari tentera Paksi (Jerman dan Itali) dan Tentera Darat Kelapan (Jeneral Claude Auchinleck) dari tentera Bersekutu (Imperial British dan Komanwel) (Britain, India British, Australia, Afrika Selatan dan New Zealand).

Pihak British menghalang kemaraan kedua tentera Paksi kedalam Mesir. Kedudukan tentera Paksi berhampiran El Alamein, hanya 66 bt (106 km) dari Iskandariah, dekat dengan pelabuhan dan bandar-bandar Mesir, fasiliti pangkalan tentera komanwel dan Terusan Suez. Bagaimanapun, tentera Paksi terlalu jauh dari pangkalan mereka di Tripoli, Libya untuk kekal lama di El Alamein, yang membawa kedua-dua belah pihak untuk mengumpul bekalan bagi serangan seterusnya, dibatasi kekangan masa dan jarak.