Claude Auchinleck

Sir Claude Auchinleck
Sir Claude Auchinleck sebagai Panglima Tertinggi Tentera Darat India
Nama samaranThe Auk
Kelahiran(1884-06-21)21 Jun 1884
Aldershot, Hampshire, England
Meninggal dunia23 Mac 1981(1981-03-23) (umur 96)
Marrakech, Maghribi
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera India British
Tahun perkhidmatan1904–1947
PangkatFil Marsyal
ArahanPemerintah Tertinggi India dan Pakistan (1947–48)
Panglima Tertinggi, India (1941, 1943–47)
Markas Timur Tengah (1941–42)
Markas Selatan (1940)
Kor V (1940)
Panglima Tertinggi, Norway Utara (1940)
Kor IV (1940)
Divisyen Ke-3 Infantri India (1939)
Daerah Meerut (1938)
Briged Peshawar (1933–36)
Batalion Pertama, Rejimen Pertama Punjab (1929–30)
PertempuranPerang Dunia II
  • Kempen Mesopotamia
  • Pertempuran Hanna
  • Pertempuran Kut Kedua
  • Kejatuhan Baghdad

Kempen Mohmand
Perang Dunia II

Anugerah
Tugas lain
Kolonel Battalion Pertama Rejimen Pertama Punjab (Januari 1933)
  • Kolonel Fusiliers Inniskilling Diraja (April 1941)
  • Kolonel Batalion Pertama Grenadier Ke-4 Bombay (Julai 1939)
  • Kolonel Grenadier Ke-4 Bombay (Mei 1944)
  • Kolonel [Rejimen Pertama Punjab]] (1947)

Fil Marsyal Sir Claude John Eyre Auchinleck, GCB, GCIE, CSI, DSO, OBE (21 Jun 1884 – 23 Mac 1981) adalah seorang panglima Tentera Darat British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau adalah seorang askar berkerjaya yang menghabiskan banyak masa tenteranya di India, di mana beliau naik menjadi Panglima Tertinggi Tentera India menjelang awal tahun 1941. Pada Julai 1941 beliau telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Kancah Timur Tengah, tetapi selepas kejayaan awal, perang di Afrika Utara beralih menentang British, dan beliau dipecat dari jawatan itu pada 1942 semasa kegawatan kempen Alamein.

Pada Jun 1943, beliau sekali lagi dilantik sebagai Panglima Tertinggi, India, dimana sokongannya melalui penyusunan bekalan, penyelenggaraan dan latihan untuk Tentera Darat Keempat Belas William Slim memainkan satu peranan penting dalam kejayaannya. Beliau berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi, India sehingga pembahagian negara itu pada 1947, apabila beliau menjawat peranan Pemerintah Tertinggi semua tentera British di India dan Pakistan hingga hujung tahun 1948.