Pertempuran Borneo (1941–42)
Pertempuran Borneo merupakan suatu kempen perang yang berjaya oleh Empayar Jepun untuk mencengkam Borneo. Kempen ini tertumpu kepada penaklukan Kerajaan Sarawak, Brunei, Borneo Utara, dan bahagian barat Kalimantan, sebahagian daripada Hindia Timur Belanda. Unit utama Jepun adalah Brigad Infantri ke-35 dipimpinan Mejar Jeneral Kiyotake Kawaguchi.