Pertempuran Bakhmut

Pertempuran Bakhmut ialah pertempuran besar antara Angkatan Tentera Rusia dan Angkatan Tentera Ukraine untuk menguasai bandar Bakhmut, semasa kempen timur Ukraine. Ia dianggap oleh beberapa ahli analisis ketenteraan sebagai pertempuran paling ganas dan berdarah selepas Perang Dunia II.

Pada 20 Mei 2023, hampir seluruh Bakhmut telah dikuasai oleh tentera Rusia, dengan tentera Ukraine berundur ke atas jalur kecil bandar yang di lebuh raya T0504. Pada September 2023, tentera Ukraine sepenuhnya mundur dari Bakhmut.