Pertembungan Gaza–Israel 2022
| Operasi Breaking Dawn | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Konflik Gaza–Israel | |||||||
Pembunuhan bersasar Tayseer Jabari, komandan Jihad Islam Palestin | |||||||
| |||||||
| Penempur | |||||||
| |||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Yair Lapid Benny Gantz Aviv Kochavi |
Ziyad al-Nakhalah Tayseer Jabari † Khaled Mansour † | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| 2 anggota IDF cedera |
44 orang Palestin terbunuh, 350 orang awam cedera | ||||||
Pada 5 Ogos 2022, Israel melancarkan siri serangan udara mengejut di Semenanjung Gaza yang menyasarkan militan dan infrastruktur Jihad Islam Palestin (JIP). Operasi itu, dipanggil Breaking Dawn (Ibrani: עלות השחר) oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF), dan dijangka berlangsung seminggu, berikutan serbuan pada 1 Ogos ke atas Jenin di Tebing Barat diduduki Israel, di mana tentera Israel menangkap Bassam al-Saadi, seorang pemimpin JIP di situ. Israel menyatakan bahawa serangan udara itu ialah satu "langkah awalan" untuk menggagalkan percubaan JIP untuk membalas dendam terhadap penahanan al-Saadi.
Serangan awal mengakibatkan pembunuhan tersasar terhadap Tayseer Jabari, seorang ketua tentera kumpulan itu. Pada hari kedua, komander JIP kawasan Selatan Semenanjung, Khaled Mansour, turut menjadi sasaran dan dibunuh. Jihad Islam menyatakan bahawa pengeboman Israel adalah "deklarasi perang" dan bertindak balas dengan tembakan roket balas terhadap Israel.
Operasi itu telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza. IDF berkata bahawa "beberapa orang termasuk kanak-kanak" terbunuh akibat kegagalan pelancaran roket Palestin di Jabalia, manakala Al Jazeera melaporkan 4 kanak-kanak terkorban sementara BBC menyatakan bahawa beberapa kanak-kanak mati di lokasi itu, tetapi tidak dapat mengesahkan kenyataan Israel secara bebas. Pada 6 Ogos, Israel menangkap 20 orang di Tebing Barat, di mana 19 daripadanya adalah ahli Jihad Islam, dan 20 lagi pada 7 Ogos menurut seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan.
Gencatan senjata telah dipersetujui sementara untuk berkuat kuasa mulai 22:00 (19:00 GMT) 7 Ogos 2022. Kedua-dua pihak mengesahkan gencatan senjata pada 23:30 (20:30 GMT).