Pembunuhan bersasar
Pembunuhan bersasar merupakan satu bentuk pembunuhan yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar prosedur undang-undang atau di dalam medan peperangan.
Sejak akhir kurun ke-20, status undang-undang pembunuhan bersasar menjadi satu subjek pertikaian dalam atau antara pelbagai negara. Dari segi sejarah, sekurang-kurangnya sejak kurun ke-18, pemikiran Barat secara umumnya menganggap penggunaan pembunuhan sebagai alat kenegaraan adalah haram. Beberapa anggota akademik, tentera dan pegawai telah memperincikan pembunuhan bersasar sebagai sah dalam konteks untuk mempertahankan diri, apabila digunakan ke atas para pengganas atau pejuang dalam peperangan tidak simetri. Mereka berdalih bahawa kenderaan tempur udara tanpa pemandu (dron) adalah lebih kemanusiaan dan tepat berbanding kenderaan berpemandu.
Para sarjana juga berbelah bagi sama ada pembunuhan bersasar merupakan satu strategi melawan keganasan yang lebih efektif.