Perpustakaan Negara China

Bangunan asal PNC, sekarang (sejak 1987) Perpustakaan Buku Purba PNC yang mengumpulkan buku-buku, dokumen dan manuskrip lama dan sejarah.
Pemandangan malam Area Selatan PNC
NLC North Area
Pemandangan dalam Area Utara PNC

Perpustakaan Negara China (Cina ringkas: 中国国家图书馆Cina tradisional: 中國國家圖書館pinyin: Zhōngguó Guójiā Túshūguǎn) atau PNC di Beijing merupakan perpustakaan negara untuk Republik Rakyat China. Dengan koleksi melebihi 35 juta, PNC merupakan perpustakaan terbesar di Asia dan antara yang terbesar di dunia. Ia menyimpan koleksi terbesar di dunia untuk kesusasteraan dan dokumen sejarah China.

Pada asalnya, perpustakaan ini merupakan Perpustakaan Imperial Peking (京师图书馆; Jīngshī Túshūguǎn), yang ditubuhkan pada 9 September 1909 oleh kerajaan dinasti Qing. Ia dibuka secara rasminya selepas Revolusi Xinhai, pada tahun 1912. Pada tahun 1916, ia menerima status perpustakaan pendepositan. Pada Julai 1928, ia menukar namanya kepada Perpustakaan Negara Peiping sebelum menjadi Perpustakaan Negara.