Perpustakaan Awam Jaffna

Perpustakaan Awam Jaffna
யாழ்ப்பாணப் பொது நூலகம்
Maklumat umum
JenisStruktur seni bina 
Ditubuhkan1933
Laman sesawangwww.jaffnalibrary.lk 
Lokasi
Koordinat9°40′N 80°1′E 
NegaraSri Lanka 
LokasiJaffna
Bilangan cawangan6
sunting · sunting di Wikidata

Perpustakaan Awam Jaffna (Tamil: யாழ் பொது நூலகம்; Sinhala: යාපනය මහජන පුස්තකාලය) terletak di Jaffna, Sri Lanka. Ia merupakan salah satu mercu tanda paling terkenal di Jaffna dan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Jaffna. Perpustakaan ini dibina pada tahun 1933 dan merupakan perpustakaan awam utama kedua di Sri Lanka..Pada awal tahun 1980-an, ia merupakan salah satu perpustakaan terbesar di Asia, mengandungi lebih daripada 97,000 buah buku dan manuskrip.Pada tahun 1981, perpustakaan ini telah dibakar dalam satu serangan sengaja oleh perusuh.Lebih sejuta buah buku telah musnah dalam serangan bakar itu, termasuk beberapa buku dan manuskrip Tamil kuno yang tidak pernah dapat dipulihkan. Pada tahun 2001, kerja-kerja pengubahsuaian perpustakaan telah disiapkan, dengan bangunan baru didirikan dan buku-buku baru diterima, walaupun buku-buku dan manuskrip lamanya tidak dapat digantikan.