Jaffna

Jaffna
Yāḻppāṇam (Nama Rasmi dalam Bahasa Tamil)
Tamil : யாழ்ப்பாணம் (Yāḻppāṇam)
Sinhala : යාපනය
Bandar
Mengikut arah jam dari atas: Perpustakaan Awam Jaffna, lebuh raya Jaffna-Pannai-Kayts, Kuil Nallur Kandaswamy, Kubu Jaffna, Patung Sangiliyan, Runtuhan Istana Jaffna.
Koordinat: 09°39′53″N 80°01′00″E / 9.66472°N 80.01667°E / 9.66472; 80.01667
NegaraSri Lanka
ProvinsiProvinsi Utara
DaerahJaffna
Pentadbiran
 • Jenis[Majlis Perbandaran
Keluasan
 • Jumlah20.2 km2 (7.8 batu persegi)
Aras
5 m (16 ft)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah88,138
 • Kepadatan4,400/km2 (11,000/batu persegi)
 
Zon waktuUTC+5:30 (Sri Lanka Standard Time Zone)
Laman sesawangjaffna.mc.gov.lk

Jaffna ( Tamil: யாழ்ப்பாணம், rumi: Yāḻppāṇam ,AFA: [jaːɻpːaːɳɐm] ; Sinhala: යාපනය, rumi: Yāpanaya ) atau juga dikenali sebagai Yalpannam ialah ibu kota Provinsi Utara di Sri Lanka. Ia terletak di bahagian barat daya Semenanjung Jaffna, menghadap ke Laguna Jaffna. Terletak kira-kira 396 kilometer dari ibu negara Sri Lanka, Colombo, bandar ini mempunyai populasi sebanyak 88,138 dan merupakan bandar ke-12 terbesar di negara itu. Jaffna terletak kira-kira 10 kilometer (6 batu) dari Kandarodai yang berfungsi sebagai emporium di semenanjung Jaffna dari zaman kuno klasik . Pinggir bandar Jaffna, Nallur berkhidmat sebagai ibu kota Kerajaan Tamil Jaffna zaman pertengahan selama empat abad.

Sebelum Perang Saudara Sri Lanka, merupakan bandar kedua terpadat di Sri Lanka selepas Colombo. Pemberontakan bersenjata pada tahun 1980-an telah menyebabkan kerosakan besar, pengusiran sebahagian daripada penduduk, serta pendudukan ketenteraan. Sejak tamatnya perang saudara pada tahun 2009, pelarian dan orang yang dipindahkan di dalam negara mula kembali ke kediaman mereka, manakala usaha pembinaan semula oleh kerajaan dan sektor swasta turut bermul. Secara sejarah, Jaffna merupakan sebuah bandar yang sering menjadi rebutan. Ia dijadikan sebuah bandar pelabuhan kolonial semasa penjajahan Portugis ke atas Semenanjung Jaffna pada tahun 1619, sebelum jatuh ke tangan Belanda, dan akhirnya dikuasai oleh British pada tahun 1796. Semasa perang saudara, kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) menguasai Jaffna pada tahun 1986. Pasukan Pengaman India (IPKF) pula menduduki bandar ini buat seketika pada tahun 1987. LTTE kembali menguasai bandar tersebut dari tahun 1989 sehingga 1995, sebelum Tentera Sri Lanka merampas semula kawalan ke atas Jaffna.

Majoriti penduduk bandar ini terdiri daripada Tamil Sri Lanka, dengan kehadiran yang signifikan daripada Moor Sri Lanka, Tamil India, serta kumpulan etnik lain sebelum perang saudara. Kebanyakan Tamil Sri Lanka beragama Hindu, diikuti oleh Kristian, Muslim, dan sebilangan kecil penganut Buddha. Bandar ini menempatkan sejumlah institusi pendidikan yang ditubuhkan semasa zaman penjajahan dan pasca-penjajahan. Ia juga mempunyai pelbagai institusi komersial, unit industri kecil, bank, hotel, dan institusi kerajaan lain. Jaffna juga terkenal dengan banyak tapak bersejarah seperti Perpustakaan Jaffna yang pernah dibakar dan dibina semula, serta Kubu Jaffna yang dibangunkan semula semasa zaman penjajahan Belanda.