Perjanjian Shimonoseki
Perjanjian Shimonoseki (下関条約, Shimonoseki Jōyaku) , juga dikenali sebagai Perjanjian Maguan (Cina tradisional: 馬關條約; pinyin: Mǎguān Tiáoyuē) di China dan Perjanjian Bakan (馬關條約, Bakan Jōyaku) dalam tempoh sebelum dan semasa Perang Dunia II di Jepun, merupakan perjanjian yang ditandatangani di hotel Shunpanrō hotel (春帆樓) , Shimonoseki, Jepun pada April 17, 1895, antara Empayar Jepun dan Qing China bagi menamatkan Perang China-Jepun Pertama . Persidangan damai itu berlangsung dari 20 Mac sehingga 17 April 1895 dan menggantikan Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan China-Jepun yang ditandatangani pada tahun 1871.