Perjanjian San Francisco
| Perjanjian San Francisco | ||
|---|---|---|
| Perjanjian Perdamaian dengan Jepun (San Francisco Peace Treaty) | ||
| Bahasa Jepun | error: {{nihongo}}: Teks Jepang atau romaji diperlukan (bantuan)(Nihon-koku to no Heiwa-Jōyaku) | |
| Bahasa Inggeris | Treaty of Peace with Japan | |
| Bahasa Perancis | Traité de paix avec le Japon | |
| Bahasa Sepanyol | Tratado de Paz con Japón | |
Perjanjian Perdamaian dengan Jepun (San Francisco Peace Treaty) atau lebih dikenali sebagai Perjanjian San Francisco (Treaty of San Francisco) antara pihak-pihak Berikat dan Jepun secara rasmi ditandatangani oleh 49 negara pada 8 September 1951 di San Francisco, California. Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada 28 April tahun berikutnya.
Perjanjian San Francisco secara rasmi mengakhiri Perang Dunia Kedua, dan mengakhiri secara rasmi kedudukan Jepun sebagai kuasa imperialis, dan menguntukkan pampasan untuk warga awam Berikat dan mantan tawanan perang yang menderita jenayah perang Jepun. Perjanjian ini sebahagian besar didasarkan pada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Perjanjian ini bersama Perjanjian Keselamatan yang ditandatangani pada tahun yang sama merupakan permulaan "Sistem San Francisco". Istilah Sistem San Francisco dicipta oleh sejarawan John W. Dower untuk menyebut hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat dan peranannya di dalam dunia antarabangsa sebagaimana ditentukan oleh kedua perjanjian yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan Jepun, dan dipakai untuk menjelaskan kesan kedua perjanjian tersebut terhadap sejarah Jepun pascaperang.